Saving... U can do It!

Saving... U can do It!
Tecnology | Economy | Healty | Education | Travel

Monday, 16 March 2015

Elak Bibir Kering – Banyakkan minum air masak serta makan buah-buahan

Gambar Hiasan
Tubuh badan yang kekurangan air akan membuatkan bibir menjadi kering dan pecah, sekali gus boleh mengganggu penampilan, contohnya gincu tidak melekat dengan baik serta menampakkan kulit bibir yang menggelupas.


Antara punca bibir pecah dan kering adalah pencemaran udara dan debu, perubahan suhu, kekeranpan minum minuman yang mengandungi kafein atau alcohol, tabiat merokok, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang minum air, suka makan makanan masin atau asam dan tabiat menjilat bibir dengan air liur.
              Berikut antara langkah mengatasi masalah bibir pecah:
·         Sinaran matahari antara punca bibir kering dan pecah. Oleh itu, gunakan pelembap bibir kerana ia dapat menjaga kesegaran bibir.
·         Sewaktu membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih gincu yang sesuai, sebaiknya mengandungi emolien dan bahan semula jadi seta melembapkan bibir.
·         Pastikan anda segera membersihkan sisa gincu sebelum tidur. Semasa mencuci sisa gincu, gunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok bibir selama beberapa minit. Anda juga boleh menggunakan tuala lembut dibasahi air suam semasa membersihkan bibir. Jangan menarik kulit bibir yang menggelupas kerana akan menyebabkan bibir luka dan berdarah.
·         Jangan menjilat bibir dengan lidah kerana air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. Banyakkan minum air masak, seeloknya 8 gelas setiap hari. Air putih juga membantu pembuangan toksik dari badan melalui air kencing, oleh itu jangan risau jika anda kerap ke tandas.
·         Pastikan anda mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya. Pilih sayur dan buahan yang mengandungi vitamin C, B dan E serta mineral. Kandungan air dalm sayuran dan buahan terbabit dapat membantu tubuh kehilangan banyak air.
·         Tinggalkan tabiat merokok. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok boleh menyebabkan warna hitam pada bibir selain mendatangkan kesan buruk pada kesihatan tubuh badan.
·         Sebelum tidur, pastikan anda menyapu pelembap bibir terlebih dahulu. Selain menggunakan pelembap bibir, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi iaitu madu yang memberikan nutrisi pada bibir malah baik untuk kesihatan.
·         Lakukan urutan pada bibir menggunakan minyak zaitun kerana urutan di bibir dapat membantu melancarkan peredaran darah pada bibir dan membuatkan bibir sentiasa sihat.
·         Sapukan sedikit mentega pada bibir kerana mentega dapat menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir merekah.

Petua Tradisional
·         Ambil beberapa kelopak mawar dan rendam dalam susu segar selama satu hingga dua jam. Selepas itu ambil air rendaman itu dan sapukan pada bibir. Cara ini membantu melembapkan bibir yang kering dan mengekalkan warna merah pada bibir.
·         Sapukan susu pekat pada bibir dan biarkan selama dua jam, kemudian basuh. Amalan ini dapat membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
·         Potong timun dengan nipis dan sapukan timun pada bibir yang kering.
·         Sekiranya ingin menyembuhkan bibir pecah dengan segera, sapukan bibir dengan menggunakan gel lidah buaya.

·         Oleskan tomato pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya sebanyak dua atau tiga kali sehari dan bibir kelihatan halus dan tidak pecah.

No comments:

Post a Comment