Saving... U can do It!

Saving... U can do It!
Tecnology | Economy | Healty | Education | Travel

Saturday, 14 March 2015

Fahami Punca Peningkatan Kos Sara Hidup dan Cara Menanganinya

Orang tua-tua sering berkata untuk mencari penyelesaian terhadap satu-satu permasalahan, kita perlu melihat kepada punca yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut. Mengambil iktibar daripada nasihat tersebut bolehlah disimpulkan bahawa untuk menangani dilemma kos sara hidup yang semakin meningkatkan kita perlu memahami apa punca kepada peningkatan itu.
Gambar Hiasan


         Kamus Online Cambridge mendefinisi inflasi sebagai – “peningkatan harga yang berterusan secara umum.” Kadar inflasi pula mengukur kadar di mana harga ini meningkat, dalam bentuk perutusan. Kadar inflasi pada tahap 3% (berdasarkan indeks Harga Pengguna Kebangsaan) membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu ke atas barangan utama dan servis telah meningkat pada kadar 3% sepanjang tempoh setahun.
             Mengikut Trading Economics (data sehingga 31 ogos 2013), kadar inflasi Malaysia adalah pada tahap 1.9%, dengan peningkatan dari 1.6% pada disember 2012. Ini bermakna, kadar peningkatan harga adalah sedikit pantas berbanding tahun sebelumnya.
       Pun begitu, untuk membendung kesan negatif inflasi, Kerajaan Malaysia telah memasukkan beberapa barangan kawalan untuk mengekalkan kemampuan rakyat untuk memiliki barangan tersebut di samping mengelakkan penipuan harga semasa kekurangan bekalan dan juga untuk melambatkan pergerakan inflasi.
            Secara semula jadi, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, ianya adalah mustahil bagi jumlah Ringgit untuk mempunyai kuasa pembelian barangan dan servis yang sama seperti sebelumnya.
            Anda mungkin pernah berdepan dengan inflasi sepanjang hidup anda. Tiket wayang yang dahulunya bernilai RM6 apabila anda merupakan seorang remaja kini telah meningkat kepada RM10 pada hari bekerja. Tapi adakah sebab disebalik peningkatan ini?
            Inflasi boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan. Harga diese telah berganda sejak awal tahun 2000 kerana permintaan telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia manakala bekalan tidak bertambah pada kadar yang sama. Pada tahun 2000, harga diesel ialah 70 sen seliter dan hari ini ianya berharga RM1.95 seliter(Mac 2015).
            Sebab lain berlakunya inflasi adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan. Sebagai contoh, disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kita dapat melihat harga barangan lain juga meningkat. Ini adalah kerana peningkatan kos pengangkutan untuk memindahkan barangan dari titik A ke titik B. Akibatnya, harga akhir barangan dinaikkan sepanjang tempoh masa yang lama.
            Inflasi sudah tentunya memberi impak kepada poket kesemua pengguna dalam jangka masa panjang dari pelbagai sudut. Dengan itu, pengguna perlu praktikkan pengurusan kewangan yang bijak untuk mengemudi arus inflasi serta kadar kenaikannya.
            Adalah sukar untuk pengguna mempengaruhi kadar inflasi sebagi individu kerana ianya adalah berbeza di setiap negara. Walaubagaimanapun, apa yang rakyat Malaysia mampu lakukan ialah dengan bertindak bijak dalam menguruskan wang mereka untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.

Antara Langkah yang boleh dicuba ialah dengan mengambil kesempatan ke atas fasiliti kewangan yang tersedia untuk mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan. Malah, keputusan untuk mendapatkan kad kredit yang sesuai untuk anda mampu memberikan penjimatan yang besar.
          Simpanan di dalam akaun simpanan dengan faedah sebanyak 1% pada kadar semasa inflasi bermaksud simpanan anda masih akan kehilangan kuasa membelinya dari masa ke masa. Salah satu cara biasa untuk menangani inflasi ialah dengan menyimpan simpanan anda ke dalam pelaburan yang memberikan anda pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi semasa secara berkala.


            Pengetahuan kewangan yang baik juga boleh membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak apabila berdepan dengan isu simpanan serta penjanaan wang. Sebelum mendapatkan apa-apa produk kewangan seperti pinjaman peribadi atau kad kredit, bandingkan pilihan yang ada di pasaran dan pilih produk yang sesuai dengan gaya hidup anda.

No comments:

Post a Comment